Aku teringat peristiwa semalam
Sebuah pertemuan yang tidak dirancang
Alangkah manisnya saat bersama
Walaupun untuk seketika
Namun aku tahu ianya bukan bererti bagi mu
Kesekian kali Tuhan menduga hati dan perasaan ku
Adakah aku masih mencari erti sebuah rindu?
Aku kembali kedasar hati
Aku mencari erti kasih sayang dan cinta
Kesimpulannya senang sahaja
Kesemuanya kepunyaan yang Maha Pencipta
Dia akan berikan kepada siapa yang di kehendakiNya
Aku tertanya diri sendiri
Kenapa aku masih tidak mengerti atau tidak mahu mengerti
Yang aku patut kasih hanya pada yang satu
Antara nafsu kehidupan dan keabdian pada mu Tuhan
Kenapa aku masih di penjuru rindu?
Aku ingin membuang jauh-jauh rindu ini
Kan ku bina tembok pemisah sekali lagi
Kerana aku takut sekali
Aku akan jatuh ke jurang dalam penuh dosa
Dengarkanlah rintihan ku oh Tuhan
Ingin ku penuhi akhir kehidupan ku
Dengan mengabdikan diri kepada Mu
Cuma aku belum pasti bagaimanakah caranya
Yang aku tahu yang aku mahu
Cinta ku rindu ku hanya pada Mu yang satu!
Monday, March 23, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)