Besok hari Rabu 1 Julai 2009
Hari yang sudah lama ku tunggu
Sembilan tahun lamanya
Kina sudah tiba akhirnya
Bagaimanakah kesudahannya?
Adakah keputusan itu
Akan membuat kehidupan lebih sukar atau
Jalan kehidupan lebih mudah dan lurus?
Tuhan pada Mu aku memohan
Perlindungan, rahmat dan petunjuk Mu
Agar hidup ini menjadi lebih bermakna
Moga aku redha dan terima dengan senang hati
Walau apa jua keputusan yang di terima nanti.
Moga amanah Mu dapat ku pelihara
Jadikanlah jiwa ini lebih tabah dan sabar
Supaya aku dapat mengunakan pemberian Mu
Sebaik mungkin agar hidup ini lebih diberkati.
Tuhan ku ampunilah dosa ku
Aku tidak tahu apakah yang terbaik buat ku
Bimbinglah daku agar sentiasa di jalan keredhaan Mu
Hanya Engkau sahaja yang tahu hikmah keputusan itu.
Malam ini aku menunggu keputusan itu dengan penuh debaran
Harapan ku episod-episod luka akan berlalu
Diganti dengan episod-episod manis semanis madu
Tanggungjawap telah ku lakukan mengikut kemampuan ku
Kerana aku percaya janji-janji Mu
Yakni selepas kesusahan ada kemudahan
Moga keputusan itu membawa kesudahan yang baik
Amin.....
Subscribe to:
Posts (Atom)