Tuesday, November 4, 2008

Si BuTa

Hari itu aku ke kota menaiki komuter
Lalu masuk seorang buta
Dalam hatiku berkata
Sungguh sibuta seorang yang berani
Keluar dari keselesaan dan keselamatan
Merempuh dunia yang tiada belas kasihan
Mungkin terpaksa untuk mencari rezeki.

Sedangkan aku si celik
Kadangkala takut untuk keluar dari kepompong diri
Mungkin aku lebih buta dari si buta
Kenapa aku masih lagi merasa kekurangan diri
Sedangkan Tuhan telah memberi ku kesempurnaan.

Tuhan
Ampunilah hamba mu ini yang lemah
Yang kurangnya bersyukur
Yang sentiasa meminta
Kadangkala yang bukan haknya.

Tuhan
Janganlah Engkau butakan hati ku
Terangilah hatiku dengan petunjuk mu
Aku mahu sentiasa menjadi kekasih Mu.

Aku diingatkan dengan adanya si Buta
Terlalu banyak nikmat yang Tuhan telah berikan
Namun aku kadangkala leka dan mengambil mudah
Sehinggalah sampai masanya segala nikmat diambil kembali.

aYaHaNDa

Entah kenapa entah mengapa
Hati ini tertarik kepada mu
Entah apa entah bagaimana
Lalu aku ingin mengenal mu.

Mungkin kerana keperhatinan mu
Engkau sungguh mesra dengan anak buah mu
Mereka memanggil mu dengan gelaran ayahanda
Dan tentunya engkau layak untuk gelaran itu.

Tapi tak mungkin aku mendapat perhatian mu
Antara kita bergitu banyak bezanya
Tentunya tak mungkin
Engkau akan memandang ku
Seperti aku memandang mu.

Angan-angan ku akan berlalu
Seperti awan di tiup angin
Suatu hari nanti tentu aku akan terkenangkankan
Hatiku yang pernah di usik oleh seorang yang bergelar ayahanda.

Moga hidup ayahanda gembira
Dirahmati Allah swt sentiasa
Mengajar ilmu kepada anak buah mu
Suatu hari ayahanda akan melihat hasilnya jua.

Aku akan memerhati mu dari jauh
Melihat senyum tawa mu
Mendoakan kesejahteraan mu
Semoga ayahanda cemerlang sentiasa.