Tuesday, November 4, 2008

Si BuTa

Hari itu aku ke kota menaiki komuter
Lalu masuk seorang buta
Dalam hatiku berkata
Sungguh sibuta seorang yang berani
Keluar dari keselesaan dan keselamatan
Merempuh dunia yang tiada belas kasihan
Mungkin terpaksa untuk mencari rezeki.

Sedangkan aku si celik
Kadangkala takut untuk keluar dari kepompong diri
Mungkin aku lebih buta dari si buta
Kenapa aku masih lagi merasa kekurangan diri
Sedangkan Tuhan telah memberi ku kesempurnaan.

Tuhan
Ampunilah hamba mu ini yang lemah
Yang kurangnya bersyukur
Yang sentiasa meminta
Kadangkala yang bukan haknya.

Tuhan
Janganlah Engkau butakan hati ku
Terangilah hatiku dengan petunjuk mu
Aku mahu sentiasa menjadi kekasih Mu.

Aku diingatkan dengan adanya si Buta
Terlalu banyak nikmat yang Tuhan telah berikan
Namun aku kadangkala leka dan mengambil mudah
Sehinggalah sampai masanya segala nikmat diambil kembali.

No comments: