Guru ku
Engkau satu dalam sejuta
Bagaimanakah kami dapat mengantikan mu
Kerana engkau lantang memperkatakan yang hak
Takutmu hanya pada Dia yang satu
Jadi bagaimana mereka dapat menerimanya
Sedangkan kau tahu arah tujuan mu
Cekalkanlah hati mu
Moga Tuhan sentiasa bersama mu memelihara mu
Jangan kau lupa perjuangan mu
Kembalilah pada kami guru ku
Bila engkau telah selesai dalam pembelajaran mu
Moga Allah mempermudahkan perantauan mu
Perjalanan hidup ini masih jauh
Cubaan hidup ini makin berliku
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izinNya
Selamat jalan guru ku
Moga Allah swt merahmati mu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment