Anak ku
Apa kabar kamu disana
Jauh di perantauan mencari ilmu
Ibu mu di sini belajar erti rindu dan sepi
Sementara kamu disana mengejar impian mu.
Hari ini kita berjuang
Untuk esok yang cemerlang
Kau korbankan keselesaan
Demi masa depan yang masih panjang.
Anak ku
Lihatlah orang-orang yang berjaya
Mereka sudah berkali-kali jatuh dan bangun
Putus asa tiada dalam kamus mereka
Kerana mereka percaya pada bebolehan diri
Hari-hari mereka berusaha tanpa mengenal jemu
Kerana mereka pasti
Pendakian mereka akan sampai kepuncak suatu hari nanti.
Anak ku
Mungkin ibu me takkan dapat memberi mu rumah yang mewah
Atau pun membawa mu mengembara keseluruh dunia
Serta memberikan mu semua yang kau pinta
Cuma yang ibu tahu memberikan mu ilmu
Supaya kamu dapat menjadi insan yang berguna
Menjadi umat yang penuh ilmu di dada
Menjadi muslimah yang sopan dan berakhlak mulia
Supaya hidup mu menjadi keajaiban di dunia
Biarlah ibu mu korbankan rindu ini
Agar kamu bisa mengejar mimpi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment