Semalam anakku menangis
Dicorong talipon dia tersedu-sedu
Entah apa sebabnya dia tidak memberitahu
Ingin ku sapu airmatanya
Ingin ku pulihkan luka dihatinya
Dan memeluknya
Agar dia kembali ceria semula
Kerana Luka dihatinya adalah luka dihatiku jua.
Hari ini ku lihat dia kembali tersenyum
Gigi yang tersusun dan matanya bersinar kembali
Manisnya dia berbaju kurung
Lagaknya bagai seorang puteri.
Ingin ku memberitahu dia bahawasanya
Hidup in bagai putaran roda
Sekejap diatas dan sekejap dibawah
Kadangkala menangis kadangkala ketawa
Ada suka dan duka
Keredahaan dan kesabaran itu ubatnya.
Aku berharap suatu hari nanti dia akan mengerti
Bahawa hidup ini perlukan pengorbanan
Untuk menjadi insan yang terpuji
Haruslah jadi insan yang diuji
Ketabahan, keikhlasan dan hati yang suci
Untuk menempuh perjalanan hidup ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment