Ibu sudah sekian lama kau pergi
Namun aku masih merindui
Tidak pernah ke dengar keluh kesah mu
Tidak pernah ku lihat airmata kesusahan mu
Menjaga dan membesarkan anak mu yang sepuluh
Tidak pernah ku dengar sekali pun engkau mengeluh
Ibu takala aku mahu pergi jauh menuntut ilmu
Engkau lepaskan aku pergi
Kata mu itu peluang ku membina masa depan ku
Walaupun tika itu ayah baru meninggalkan kita untuk selamanya
Engkau masih gagah dan tidak mengenal erti payah.
Belum setahun aku pergi dari sisi mu
Berita ku terima untuk kembali menjenguk mu
Dan alangkah terkedunya aku
Ku lihat ibu ku dipembaringan
Kurus dan tidak bermaya
Bagaimana boleh jadi begitu
Aku hampir tidak mengenali ibuku sendiri.
Sebelas hari aku disisi mu
Tidak pernah ku dengar keluh kesah mu
Tidak pernah ku lihat airmata mu
Tidak pernah ku duga akhirnya kau pergi jauh dari ku.
Setahun lepas ayah pergi
Kau pula mengekori
Jadilah aku anak yatim piatu
Sungguh aku menyesali
Tidak pernah ku ucapkan terima kasih pada mu
Tidak pernah ku ucapkan kasih sayang ku pada mu
Ahh betapa aku ambil mudah kehadiran mu
Kurangnya aku bersyukur mempunyai seorang ibu
Ibu maafkanlah anak mu.
Ku kembali ke tempat pembelajaran ku
Nun jauh di bumi Amerika
Semangat perjuangan ku pergi bersama ibuku
Kerana aku tidak dapat menerima kehilangan mu.
Semakin aku dewasa
Semakin aku faham bahawasanya
Perancangan Tuhan amat teliti
Kerana masa itu adalah masa yang terbaik untuk dia pergi.
Ku panjatkan doa buat ibubapa ku
Agar Tuhan mengampuni dosa mereka
Agar Tuhan merahmati dan memberi kurnia pada mereka
Kerana sebab merekalah aku masih mampu berdiri disini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment