Dan dialah nafsu yang membelakangi Tuhannya
Yang menjanjikan kelazatan dunia kepada manusia
Bagaimana Tuhan dapat aku melawat derasnya nafsu ini
Ku paling kiri kanan depan belakang
Ia berada di sekeliling ku
Mampukah aku?
Bukannya aku tidak tahu
Namun nafsu itu berjaya memperdayakan aku
Membuat aku leka
Namun Kau masih memyayangi ku
Lalu Kau mengingatkan aku tentang kematian
Aku teringat janji-janji Mu
Untuk seketika aku berjaya berpaling dari nafsu
Namun ia masih belum berputus asa untuk mengawal ku
Hanya padaMu Tuhan tempat aku berpaut
Janganlah Engkau tinggalkan aku.
Janganlah Kau lemaskan aku dalam nafsu duniawi
Tariklah aku ke tebing Mu yang tinggi
Agar aku jadi manusia yang lebih baik
Agar aku jadi manusia yang merendah diri
Jadikan aku redha dengan qada' dan qadar Mu
Biar aku tidak mengkehendaki apa-apa selain Mu
Biar Engkau sahaja di dalam hati ku
Engkau kekasih ku yang satu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment